Sunday, April 26, 2009

my soul...

sesuatu yang aku takkan lupa...

-adam iskandar dan hawa husna
-kfc chukai
-'taik cicak'
-impian bersama
-kuey tiow tom yam
-'pak megat'
-dia sendiri...

Friday, April 24, 2009

hari ini dalam sejarah..

tarikh:24 APRIL 2009


hari ni..
ermmm...
pedih...
sedih..
terguris..
hmmmmm...isk3('_')

Wednesday, April 22, 2009

menitiskan peluh membakar lemak..


tarikh: 22 APRIL 2009
masa: 5.30 ptg
tempat: sekitar Universiti Malaya

setelah hampir beberapa minggu aku menjimatkan peluh, ari ni aku kuar jogging..selama ni aku bese jogging round 5/6 kali kat tasik varsiti je tapi ari ni aku rasa nk round satu UM plak..penat la jugak coz dah lame x jogging keliling UM..dr kolej 5th aku naik Bukit Cinta(aku pn xtau tu nama rasmi ke apa?)..aku turun ikut APM terus ke TAsik Varsiti,,kat tasik tu ramai skit org..aku round tasik dulu,,kemudian aku lepak tepi tasik sambil menghirup udara segar(agak la segar udara KL ni)..lama jugak aku lepak..bukan pe,,jogging ni leh ilangkan letih otak menelaah nota2..smbil tu leh release2 tension,buang segala masalah yang ade kt benak otak ni..betul kata orang,,kalu badan lesu,minda pun mudah 'kremm'..so,skrg2nya aku segarkn bdn blik supaya otak aku leh normal blik..hehehehe...ok la,,majulah sukan untuk dunia..hahahaha..

Monday, April 20, 2009

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN


Untuk renungan bersama...
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.


2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.


3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).


8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

Tuesday, April 14, 2009

makhluk tuhan...

sebagai manusia, kita perlu sedar kita sedang berkongsi alam ini dengan makhluk lain juga. tak kisah lah makhluk yang jelas di mata atau tidak, jangan la kita anggap alam ini milik kita sahaja. perkongsian ini ada hikmahnya yang tersendiri. kita saling bergantungan antara semua makhluk. jadi sebagai makhluk yang paling teristimewa dan makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir, kita mempunyai tanggungjawab untuk memelihara alam ini sebagai khazanah untuk generasi akan datang.

al-kisah suatu benda....



  • AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
  • DILARANG JUAL KEPADA ORANG BAWAH UMUR
  • PRODUK INI MENGANDUNGI LEBIH 4,000 BAHAN KIMIA TERMASUK TAR, NIKOTINA DAN KARBON MONOKSIDA YANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

MALAM GALA SERIBU KENANGAN RPPP



pada tanggal 12 April 2009 bertempat di Cititel Hotel Midvalley telah diadakan MALAM GALA SERIBU KENANGAN bagi jabatan minor aku iaitu Rancangan Pengajian Perbandaran dan Perancangan Universiti Malaya. Dengan Tema KLassikal Moden, aku telah turut serta. itu pun selepas dipujuk oleh beberapa member aku termasuklah pengarah acara tersebut...walaupun hari tu aku banyak kerja, tapi bagi tidak menghampakan semua rakanku, aku join je la. tapi kira berbaloi la aku pergi malam tu sebab aku balik bukan dengan perut yang penuh je tapi aku juga memenangi cabutan bertuah..dengan angka 0072...selain itu, aku turut mendapat hadiah dalam event "change present"...hadiah tu memang HEBAT..dengan bungkusan yang dibungkus cantik, dan kemas...tapi..bile aku blik bilik and bukak hadiah tu,,,kotak biskut je rupenya...hehehehe....x kisah la...suke2...ok,thats all...thanks to all commitee yang handle majlis mlm tu..

Friday, April 10, 2009

KEPIMPINAN BARU MALAYSIA.


Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Monday, April 6, 2009

MALAM PENGHARGAAN DAYASARI..

pada tarikh 5 april 2009, kolej kediaman kelima, telah mengadakan MALAM PENGHARGAAN DAYASARI 2009 bertempat di Hotel Golden Horses Palace,,dengan tema RAIKAN CINTA, majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya...dan aku sebagai salah seorang penduduk Kolej kelima,dengan tidak segan silunya turut serta merasai kemeriahan pada malam tersebut...di bawah ini aku sertakan WARNA-WARNI RAIKAN CINTA....

dan antara hidangan pada malam tersebut....

Saturday, April 4, 2009

sepasang jubah...

semalam semasa aku pergi Dewan Tunku Canselor coz ade mlm Juara-Juara FESENI 09...time aku berlegar-legar di lobi,,tiba2 mata aku terpandang kat satu ruang cermin pameran...aku merapatkan diri aku ke ruang tu...mata aku tertumpu kepada sepasang jubah yang ada kat dalam cermin tu...jubah ni la aku akan pkai time konvokesyen nanti..tp...berpeluang ke aku nk pkai nnt...klu ikut jadual..pengajian aku akan berakhir buln 5 2011..itu pun kalu xde aral melintang..tp aku harap sgt2 supaya tiada masalah yang timbul..supaya aku dpat abiskan pengajian ni dengan jayanya...

Thursday, April 2, 2009

biler plak time aku?

ni kawan aku...yang laki tu...dia ni dah kahwin..bagus la dia dah kahwin awal-awal...memang digalakkan..tp member2 aku yang lain selalu tanya..biler time aku plak?,,heheheh..tu payah la nak jawab...maklum la...cmne nak tanggung anak dare orang kalu xde keje agi...xkkn nk pkai 'talian hayat' dari mak bapak plak kan...heheheheh....ok...pe2 pun aku doakan sahabat aku tu berpanjangan jodohnya,dimurahkan rezeki dan bahagia sokmo2!

pic paling aku suke....


aku suke giler bile tengok gambar ni..gambar ni aku amik mase mendaki Gunung Setong kat Kelantan...ntah la..kadang-kadang leh tersenyum sorang-sorang plak..sebenarnya gambar ni ade 1001 cerita...baik suka,baik duka..walaupun gambar ni bese2 je bagi orang lain,tapi bagi aku,ni la gambar kenangan dalam PALAPES yang paling aku suke... sebab aku pun xtau biler lagi dapat ade kenangan sebegini....

Wednesday, April 1, 2009

birthday member aku....

mlm td aku g sambut birthday member PALAPes aku kat KFC Jln Universiti.....dia punye birthday...sempat la jgk aku curik2 amik gmbr...tp yang kureng nk meng'best'kan aku,,,,bru aku perasan gambar aku xde sekeping pun.....nk wat cmne...hahahaha....