Tuesday, June 30, 2009
PROMOSI PALAPES UNIVERSITI MALAYA 2009
Hari ini merupakan hari pertama PROMOSI PALAPES UNIVERSITI MALAYA 2009 dimana PALAPES DARAT dan PALAPES LAUT telah bekerjasama dalam menjayakan promosi kepada pelajar-pelajar baru untuk menyertai PALAPES. Ia dilakukan bagi meneruskan kelangsungan PALAPES UNIVERSITI MALAYA dan memberi pendedahan kepada pelajar baru mengenai PALAPES. Promosi pada hari ini bermula di Kolej Kediaman Kesembilan diikuti pula promosi di Kolej Kediaman Kelapan sebelum berakhir di Kolej Kediaman Ketujuh. Sambutan amat menggalakkan telah ditunjukkan oleh mereka dan ia telah memberi semangat kepada kami AJK promosi untuk meneruskan promosi pada keesokkan hari.
Sunday, June 28, 2009
what should i do?
28 jun..
hari yang sepatutnya aku sambut dengan penuh kegembiraan..
tapi hambar saje tahun ini..
takpe la..
sekurangnya aku masih lagi bernafas..
untuk meneruskan agenda kehidupan aku..
alhamdulillah..aku masih ada..
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN..untuk diriku sendiri..
Friday, June 26, 2009
HARI KOPERASI SMAAK 2009
kebetulan sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur, aku telah menerima jemputan untuk hadir memeriahkan sambutan di situ,,,SYABAS SMAAK..AL-Falah SEKALIIII!!!!!!!
Thursday, June 25, 2009
its miracle!
IMEJ CCTV pada Sabtu lalu menunjukkan kanak-kanak, Muhammet Dirlik, yang berdiri di kaki lima jalan dirempuh sebuah kereta yang terbabas lalu tercampak jatuh ke bawah tangga pusat membeli belah di Sanliurfa, Turki. Muhammet, bagaimanapun, terselamat daripada kemalangan itu. Apabila ditanya sama ada beliau tercedera, Muhammet menjawab: "Tidak." - Foto AP
RM23j untuk dana remaja Terengganu
KUALA TERENGGANU 7 Jun — Lebih 12,000 remaja di negeri ini akan memperoleh wang sebanyak RM200 seorang selewat-lewatnya sebelum Hari Raya melalui Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 hasil wang royalti minyak Terengganu.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata, pada tahun ini kerajaan negeri memperuntuk RM23 juta untuk program yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu yang dahulunya dikenali sebagai wang ihsan.
“Setiap remaja yang terlibat yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima sebanyak RM200 seorang dan wang tersebut akan diagih-agih tidak lama lagi kerana borang-borang sudahpun diedarkan kepada remaja-remaja berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.
“Kita harap remaja-remaja yang menerima wang ini supaya tidak menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat,” katanya.
Ahmad berkata selain itu, seramai 160,000 keluarga lagi di Terengganu akan menerima wang dana khas tahun ini. Bagaimanapun beliau tidak memberikan jumlah peruntukan untuk program itu.
Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad berkata kerajaan negeri sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap remaja-remaja melalui pelbagai program pembangunan rohani dan fizikal bagi mengatasi gejala sosial samseng jalanan.
Beliau berkata ini termasuklah memberikan buku elektronik kepada setiap pelajar tahun lima mulai tahun ini sebelum program itu diteruskan kepada pelajar-pelajar tahun empat mulai tahun depan.
— BERNAMA
p/s:aku kuarkan berita ini sebab aku pun dapat..hehehhe