Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR!!!


HAPPY NEW YEAR 2011
TO ALL MY FRIEND...
WISH U GOT MORE SUCCESSFULL IN 2011....

GOOD BYE 2010..U WILL BE MY SWEET MEMORY...

Saturday, October 30, 2010

ketemu lagi

MAK AI..LAME GILER KU X SENTUH BLOG AKU NI..NASIB BAIK LA HIDUP AGI..SKANG NI AKU DAH KEJE DAH..DAN KEJE NI MEMBUATKAN AKU AMAT2 BZ..NAK BERSOSIAL PUN JARANG2 JE..NAK BALIK KAMPUNG PUN DUA KALI PIKIR..XKPE2..YANG PENTIMG MUDA2 NI KENA KUKUHKAN EKONOMI DULU....PEDULIK ORANG NAK CAKAP APE..YANG PENTING AKU JUGAK YANG MERASA HASILNYA NANTI..TO ALL MY FRENZ..TQ SUPPORT ME..HAHAHHAHA..C U LATER...

Friday, September 3, 2010

Selamat Raye! =)

all~

tema raya taon ni maroon.
xsaba plak rasa nk raya.
hee~ ^_*

n paling xsaba,
awk nk bg saya duwet raya kn??
OMG!
a big thanx for u deary..
baik nye awk ^^
xmo kedekot2 taw!
xbaik!!

*p/s : korang jangan main mercun taw!putus jari nanti.padan muke je! :P
: for 2nd tyme,
Selamat Hari Raya!!

Thursday, September 2, 2010

='(

hye all ~salam sedeh!~ uwaa!!

kenapa eh?
awk kata saya mempergunakan awk? ='(
cyesly,saya xpaham.
ye!saya sangat2 xpaham!!
awk tolong paham kn saya buleh?


*bulan pose pon nk abes da ni.
to all,
Selamat Hari Raya
(maaf zahir dan batin)

Thursday, August 12, 2010

:: Graduated & Commissioned ::






Salam 1 Malaysia ~ ahha.. Lame gak xupdate entry yep. Owh.. Lately ni bz ngn kije aje. Kadang2 buka pon ngn air mineral je dulu. See.. Bz gile kn? hee~ ^^

Btw,
4 OGOS 2010 baru je bergelar graduan UM. Fresh lg kowt. Tp apesal eh? Smangat pon xdop mao grad that day. What comes around goes around. Xbleh nk lari dr problem. Nway, I hope that my family is coming on that day. But no matter.. Da lepas da pon. tsskk~ ='(

A great thanks to all wishes.. And to 2 LADIES for being 'my family'. Hahaha =) Xmemasal je kn jd wakil family aku ni ha..

Huh! Now, I was in the working world. Makin mencabar kowt! Yela.. Da besa kn. Nk carik duwet. Nk kawen maybe. 1 day.. ^_*




Ok! Thats for my graduation day. Move to commissioned. Huh! Da berzaman kowt commissioned as Lt. M Ismail Mohd Yusof. Tp baru nk update. Lantak la kan. Cerita aku kan, so anytime la mao cite. huu ^^

12 JUNE 2010, Universiti Sains Malaysia, Istiadat Pentauliahan Diraja Palapes IPTA ke-29 melahirkan lebih kurang 1138 pegawai muda. Ni dah tentu la termasuk diri ku ini kn. hee~
Mana x nye.. 2 minggu dok berlatih kawad untuk event yg xsmpy beberape jam nih. Tyme tuh mmg berkarat la kn kulit2 ni. But now, da puteh ckit dr 2bln lepas. Haha!

Saya adalah seorang Leftenan Muda okeyh!



Gambar jarak jauh. Mengelakkan pembaca dari tergoda. Haha!


Hadoy~ Itu la dia. Serba sedikit tentang perjalanan hidup seorang Ismail.


C u next yaww!
^^

Wednesday, July 14, 2010

E-mail to BILL GATES

Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.


2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.




3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at my home.


4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ' find' button, but was unable to trace. Please rectify this problem.


5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?


6. I bought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?


7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.


8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.


9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?


10. You provide 'My Network Places'. For God sake please do not provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

Regards,

Banta


Last one to Mr Bill Gates :

Sir, how is it that your name is Gates but u are selling Windows ?

Tuesday, June 29, 2010

luahan rasa tinta tercanang...

"SEMAKIN HARI SEMAKIN BERUMUR..SEMAKIN HARI RUMAH KATA PERGI..SEMAKIN HARI KUBUR KATA MARI.."

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF...HAHAHAHA

Monday, April 26, 2010

PERHATIAN KEPADA PEMILIK KERETA!!!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser(carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.




Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.




Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.


CREDIT TO bloup06

cara sembunyikan fail dalam gambar???

ni tips aku dapat dari blog mane ntah..lpe lak nak tengok...
MCM MANE NK HIDE FAIL DALAM GAMBAR????

Fail rahsia ni macam-macam rahsia hanya korang dan Allah yang tahu tapi harap jangan yang berunsur dosa ya. Kalau ada korang tanggung sendiri pasal aku kongsi ilmu ni untuk benda yang baik-baik contohnya fail peribadi yang digunakan di komputer yang di ’share-share’ di pejabat....enjoy urself...
.
.
.
.Sebelumnya pastikan bahwa komputer anda telah install WinRar

Langkah 1 :
Kumpulkan file-file anda yang ingin di sembunyikan dan compress jadi satu dengan menggunakan Winrar.
Contohnya beri nama filerahsia.rar

Langkah 2 :
Siapkan sebuah file gambar (.jpg).
Contohnya beri nama ismypost.jpg

Langkah 3 :
Letakkan kedua file tersebut ( File gambar.jpg dan filerahsia.rar )dalam sebuah directory yang sama.
misalkan di C.

Langkah 4 :
Buka command prompt dan taip :
c:\>copy /b ismypost.jpg+filerahsia.rar hasil.jpg

Cara termudah nak buka command prompt ialah menggunaka shortcut keyboard : tekan logo windows dan R serentak.

Langkah 5 :
Setelah itu akan tercipta sebuah fail baru dengan nama hasil.jpg.
Cuba anda buka file hasil.jpg.

Sekali pandang seakan tiada beza dengan fail isuhangat.jpg milik anda kecuali ukuran filenya yang bertambah besar.

Anda tetap boleh membuka file tersebut dengan Picture Editor atau Image Viewer anda.
Tidak ada tanda-tanda bahwa sebenarnya ada sebuah file rahsia didalamnya.

Langkah 6 :
Bagaimana cara membuka file rahsia anda?
Klik kanan pada file hasil.jpg lalu pilihlah [Open With] –> [Choose Program..]. Pilihlah WinRar lalu klik [OK].
Anda akan bisa melihat file rahsia anda dan boleh mengextract seperti biasanya.

Monday, April 19, 2010

FAKTA MENARIK

KHASIAT TABIAT MINUM AIR

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.

Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?

Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

Tekanan darah menurun

Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

Lesu pada waktu siang

Sakit belakang

Dehidrasi

Sakit kepala

Memperlahankan kadar metabolisma

Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

Sendi dan otot mengalami kekeringan

Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

Meningkatkan keinginan untuk makan

Darah menjadi pekat

Mudah keliru.

Degupan jantung meningkat

Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

CREDIT TO ISUHANGAT


Tuesday, March 30, 2010

sape yg salah?laki ke pompuan????

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam
pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero
filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan
tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh
kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya
ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang
begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan
ni?

heheheheh......

Friday, March 12, 2010

kisah si pengemis....

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ”Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ”Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ”Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan”.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya”.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA.

Sunday, January 10, 2010

AAAAAAAAARRRggggggHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!

kenapa ni?
kenapa muka kelat je?
kenapa telinga merah je?
kenapa hati panas je?
kenapa mulut nk menyumpah je?
kenapa mata bersinat je?
kenapa?kenapa?

Friday, January 1, 2010

SELAMAT DATANG 2010

HAPPY NEW YEAR 2010..NEW YEAR NEW INSPIRATION!!!!












SAMBUTAN DI DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR 31122009