Tuesday, June 30, 2009

PROMOSI PALAPES UNIVERSITI MALAYA 2009

TARIKH: 29 JUN 2009(HARI PERTAMA)

Hari ini merupakan hari pertama PROMOSI PALAPES UNIVERSITI MALAYA 2009 dimana PALAPES DARAT dan PALAPES LAUT telah bekerjasama dalam menjayakan promosi kepada pelajar-pelajar baru untuk menyertai PALAPES. Ia dilakukan bagi meneruskan kelangsungan PALAPES UNIVERSITI MALAYA dan memberi pendedahan kepada pelajar baru mengenai PALAPES. Promosi pada hari ini bermula di Kolej Kediaman Kesembilan diikuti pula promosi di Kolej Kediaman Kelapan sebelum berakhir di Kolej Kediaman Ketujuh. Sambutan amat menggalakkan telah ditunjukkan oleh mereka dan ia telah memberi semangat kepada kami AJK promosi untuk meneruskan promosi pada keesokkan hari.

bertungkus-lumus menyiapkan bahan bercetak


bergambar selepas berbincang mengenai promosi hari pertama


pelajar kolej kediaman ketujuh


penerangan sedang diberikan oleh YO PALAPES DARAT


pelajar Kolej Kediaman Kelapan


AZLI JUNIOR!


pelajar kolej Kediaman Kesembilan


sesi Post-Mortem hari pertama



Sunday, June 28, 2009

what should i do?

hari ini 28jun dimana 21 tahun dahulu aku muncul di dunia ini..
28 jun..
hari yang sepatutnya aku sambut dengan penuh kegembiraan..
tapi hambar saje tahun ini..
takpe la..
sekurangnya aku masih lagi bernafas..
untuk meneruskan agenda kehidupan aku..
alhamdulillah..aku masih ada..
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN..untuk diriku sendiri..

Friday, June 26, 2009

HARI KOPERASI SMAAK 2009

Pada hari ini iaitu 25 Mei 2009 telah diadakan sambutan Hari Koperasi SMA Al-Falah,Kemaman. sekolah ini merupakan tempat aku menuntut ilmu masa peringkat menengah dulu.banyak kenangan aku kat sini dan sekarang apa yang mampu aku lakukan hanyalah membantu serba sedikit pelajar-pelajarnya sekarang sebagai tanda aku menghargai jasa sekolah ini sepanjang aku bergelar WARGA SMAAK dulu..
kebetulan sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur, aku telah menerima jemputan untuk hadir memeriahkan sambutan di situ,,,SYABAS SMAAK..AL-Falah SEKALIIII!!!!!!!






Thursday, June 25, 2009

its miracle!


IMEJ CCTV pada Sabtu lalu menunjukkan kanak-kanak, Muhammet Dirlik, yang berdiri di kaki lima jalan dirempuh sebuah kereta yang terbabas lalu tercampak jatuh ke bawah tangga pusat membeli belah di Sanliurfa, Turki. Muhammet, bagaimanapun, terselamat daripada kemalangan itu. Apabila ditanya sama ada beliau tercedera, Muhammet menjawab: "Tidak." - Foto AP

RM23j untuk dana remaja Terengganu

07/06/2009 2:26pm

KUALA TERENGGANU 7 Jun — Lebih 12,000 remaja di negeri ini akan memperoleh wang sebanyak RM200 seorang selewat-lewatnya sebelum Hari Raya melalui Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 hasil wang royalti minyak Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata, pada tahun ini kerajaan negeri memperuntuk RM23 juta untuk program yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu yang dahulunya dikenali sebagai wang ihsan.

“Setiap remaja yang terlibat yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima sebanyak RM200 seorang dan wang tersebut akan diagih-agih tidak lama lagi kerana borang-borang sudahpun diedarkan kepada remaja-remaja berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

“Kita harap remaja-remaja yang menerima wang ini supaya tidak menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat,” katanya.

Ahmad berkata selain itu, seramai 160,000 keluarga lagi di Terengganu akan menerima wang dana khas tahun ini. Bagaimanapun beliau tidak memberikan jumlah peruntukan untuk program itu.

Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad berkata kerajaan negeri sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap remaja-remaja melalui pelbagai program pembangunan rohani dan fizikal bagi mengatasi gejala sosial samseng jalanan.

Beliau berkata ini termasuklah memberikan buku elektronik kepada setiap pelajar tahun lima mulai tahun ini sebelum program itu diteruskan kepada pelajar-pelajar tahun empat mulai tahun depan.

— BERNAMA

p/s:aku kuarkan berita ini sebab aku pun dapat..hehehhe

Monday, June 1, 2009

kembali lagi...

dah lame jugak aku x menyumbangkan ayat-ayat aku kat dalam ni..ye la,,sejak sesuatu berlaku,aku jadi hilang mood..tapi xkpe..aku x patut jd gitu..yang penting hidup kena truskan jugak..go mail go!go!