Sunday, April 26, 2009
my soul...
-adam iskandar dan hawa husna
-kfc chukai
-'taik cicak'
-impian bersama
-kuey tiow tom yam
-'pak megat'
-dia sendiri...
Friday, April 24, 2009
hari ini dalam sejarah..
hari ni..
ermmm...
pedih...
sedih..
terguris..
hmmmmm...isk3('_')
Wednesday, April 22, 2009
menitiskan peluh membakar lemak..
tarikh: 22 APRIL 2009
masa: 5.30 ptg
tempat: sekitar Universiti Malaya
setelah hampir beberapa minggu aku menjimatkan peluh, ari ni aku kuar jogging..selama ni aku bese jogging round 5/6 kali kat tasik varsiti je tapi ari ni aku rasa nk round satu UM plak..penat la jugak coz dah lame x jogging keliling UM..dr kolej 5th aku naik Bukit Cinta(aku pn xtau tu nama rasmi ke apa?)..aku turun ikut APM terus ke TAsik Varsiti,,kat tasik tu ramai skit org..aku round tasik dulu,,kemudian aku lepak tepi tasik sambil menghirup udara segar(agak la segar udara KL ni)..lama jugak aku lepak..bukan pe,,jogging ni leh ilangkan letih otak menelaah nota2..smbil tu leh release2 tension,buang segala masalah yang ade kt benak otak ni..betul kata orang,,kalu badan lesu,minda pun mudah 'kremm'..so,skrg2nya aku segarkn bdn blik supaya otak aku leh normal blik..hehehehe...ok la,,majulah sukan untuk dunia..hahahaha..
Monday, April 20, 2009
10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN
Untuk renungan bersama...
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....
Tuesday, April 14, 2009
makhluk tuhan...
al-kisah suatu benda....
MALAM GALA SERIBU KENANGAN RPPP
pada tanggal 12 April 2009 bertempat di Cititel Hotel Midvalley telah diadakan MALAM GALA SERIBU KENANGAN bagi jabatan minor aku iaitu Rancangan Pengajian Perbandaran dan Perancangan Universiti Malaya. Dengan Tema KLassikal Moden, aku telah turut serta. itu pun selepas dipujuk oleh beberapa member aku termasuklah pengarah acara tersebut...walaupun hari tu aku banyak kerja, tapi bagi tidak menghampakan semua rakanku, aku join je la. tapi kira berbaloi la aku pergi malam tu sebab aku balik bukan dengan perut yang penuh je tapi aku juga memenangi cabutan bertuah..dengan angka 0072...selain itu, aku turut mendapat hadiah dalam event "change present"...hadiah tu memang HEBAT..dengan bungkusan yang dibungkus cantik, dan kemas...tapi..bile aku blik bilik and bukak hadiah tu,,,kotak biskut je rupenya...hehehehe....x kisah la...suke2...ok,thats all...thanks to all commitee yang handle majlis mlm tu..
Friday, April 10, 2009
KEPIMPINAN BARU MALAYSIA.
Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah
Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)
Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)
Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)
Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)
Menteri pelancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
Menteri kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)
Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
Monday, April 6, 2009
MALAM PENGHARGAAN DAYASARI..
Saturday, April 4, 2009
sepasang jubah...
Thursday, April 2, 2009
biler plak time aku?
pic paling aku suke....
aku suke giler bile tengok gambar ni..gambar ni aku amik mase mendaki Gunung Setong kat Kelantan...ntah la..kadang-kadang leh tersenyum sorang-sorang plak..sebenarnya gambar ni ade 1001 cerita...baik suka,baik duka..walaupun gambar ni bese2 je bagi orang lain,tapi bagi aku,ni la gambar kenangan dalam PALAPES yang paling aku suke... sebab aku pun xtau biler lagi dapat ade kenangan sebegini....