Wednesday, July 1, 2009

PROMOSI PALAPES UNIVERSITI MALAYA 2009

TARIKH:30 JUN 2009(HARI KEDUA)
Pada hari ini,promosi diteruskan lagi dengan menjelajah ke Kolej Kediaman Enam,Kolej KediamanKelima dan berakhir di Kolej Kediaman Keempat. Hari ini sambutan yang kami terima lebih baik dari semalam. Bagi PALAPES LAUT, kerjasama dan kerja yang bertungkus-lumus yang dilakukan oleh anggota membuahkan hasil apabila kami memperoleh permohonan melebihi dari seratus permohonan. namun begitu,apa yang menjadi sediki ralat ialah permohonan banyak diterima dari kalangan wanita manakala kaum lelaki tidak berani menyahut cabaran untuk menyertai pasukan PALAPES. walaubagaimanapun,untuk promosi esok kami akan cuba untuk menarik lebih ramai kaun lelaki serta penglibatan kaum bukan bumiputera. Apa yang menjadi kekangan pada promosi ini ialah terdapat individu terutamanya Pembantu Mahasiswa yang memberi gambaran yang negatif mengenai pasukan PALAPES. promosi esok juga akan menyaksikan sedikit kelainan. Apa kelainan yang cuba dibawa,tunggu laporan pada keesokkan hari..

No comments: