Sunday, August 9, 2009

sekadar luahan!

Apa yang aku cuba ceritakan ini bukan untuk mem’politik’kan blog aku..tp mcm aku pnye nama blog la..sekadar warkah tinta iklasku…tahun ini umur aku telah melayakkan aku bergelar sebagai seorang pemilih yang layak membuang undi. Dan seperti biasa, golongan seperti aku akan menjadi rebutan pihak2 yang memerlukan. Negeri aku kaya, industri petroleum memberi pulangan royalty yang banyak. Dan hasilnya wujud pelbagai dana untuk rakyatnya.dan aku TURUT LAYAK MENERIMANYA. Namun, Betul kata pemikir-pemikir politik,POLITIK ITU BOLEH MEnJADI KOTOR…

Baru-baru ini aku telah mengisi borang pemberian DANA REMAJA TERENGGANU. Walaupun pada awalnya aku cuba dinafikan hak oleh pihak2 yang amat PELIK, aku tetap melawan dengan hujah2 yang agak bernas dan kurang asam. Akhirnya aku menang. Tapi itu belum berakhir. Semasa sesi pengisian borang yang dilakukan di sebuah dewan orang rmai, taklimat yang dilakukan oleh ORANG PELIK ini membuatkan aku sedikit berang.

“..bagi remaja yang ingin mendapat dana remaja ini, mereka mesti AHLI UMNO..”

“kalau tidak menjadi AHLI UMNO,kamu X LAYAK mendapat dana ini..”

Aku pelik jugak dengan ORANG2 PELIK ni..ada satu majlis rasmi, aku berpeluang bersembang dengan YAB MB TERENGGANU, beliau memberi jaminan, dana ini diberikan kepada SEMUA RAKYAT TERENGGANU yang layak TANPA MENGIRA FAHAMAN IDEOLOGI POLITIK.

Tapi, masa isi borang hari itu, ada had pengeluaran borang. Siap dimaklumkan wakil tidak dibenarkan. Ok, aku boleh terima, tapi masa aku tengah beratur untuk ‘ditemuramah’ samada aku ni anak orang dacing atau bulan, aku tengok KETUA ORANG2 PELIK ni mengambil sejumlah borang dan dimasukkan kedalam bukunya..kemana plak dia nk bawak borang2 tu, cakap borang terhad,,ni leh plak songlap.. dah la jawatan kt kampong aku ni penuh ngan kaum kerabat KETUA ORANG2 PELIK..

Maka tiba ari yang ditunggu, pemberian dana terbabit telah dilakukan,NAMUN..sekali darah muda aku mendidih!HANYA EMPUNYA DIRI SAHAJA YANG DIBENARKAN MENGAMBIL DANA TERSEBUT DAN WAKIL ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!

Wah!hebat,,dah la pemberitahuan tu lewat, agak sukar la bagi aku yang bermaustatin jauh di barat ni utk pulang ke timur.apatah lagi kelas dan tugasan tersedia menanti. Aku cuba risik.rupanya diorang nk adakan terlebih dahulu kursus mengUMNOkan remaja2 ni, bgus btul..what the F@#*&@&@ S%_+…..klu btul2 nk bagi,bagi je la..jadi melepas la aku nk dapatkan dana tersebut..xkpe lah,mungkin bukan rezeki aku,,redha je la. Aku ada korek2 dari kwan2 aku di kawasan lain,mereka ckp xde plak g2. Wakil boleh je amik.xde pun kursus2, tapi kwasan aku ni PELIK,,HEBAT,,dan paling aku nk BENGANG TAHAP TENUK,informer aku bgtau pada msa pemberian dana tersebut, ade WAKIL sebenarnya yang dtg amik, iaitu KETUA ORANG2 PELIK yang jadi WAKIL anaknya yang rmai bersepah di Malaysia ni dan tidak dapat hadir ketika itu. Itu lah budaya kita,,huahuahua…

No comments: