Thursday, September 3, 2009

KD TUNKU ABD. RAHMAN


Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah pada hari ini(3 september 2009).KD TAR mula belayar dari tempat ianya dibina di Toulon, Perancis, pada 11 Julai dan mengambil masa 54 hari untuk tiba di Pelabuhan Klang dengan melakukan persinggahan di Jeddah, Djibouti dan Cochin di India.

Semasa dalam pelayaran pulang kapal selam itu telah melakukan penyelaman selama 32 hari, belayar di permukaan selama 10 hari dan selebihnya singgah di pelabuhan.

KD TAR adalah antara dua kapal selam baru jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion. Ia dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.







No comments: