Tuesday, September 1, 2009

PERBEZAAN RON 95 DAN RON 97

pertama sekali harga memang berbeza! dan sudah pastinya pada logik akal kita yg marhaen nih bende yg lagi mahal bermaksud lagi bagus kan? hmmm betul gak tuh.

RON 95= RM 1.80

RON 97= RM2.05


"Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Penggunamelancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini. RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya."
(UTUSAN MALAYSIA)

RON atau RESEARCH OCTANE NUMBER dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda. Ini bermakna rating yang lebih tinggi iaitu 97 lebih susah untuk dinyalakan atau diletupkan manakala RON95 adalah lebih senang untuk dinyalakan.

Kenapa wujudnya minyak yang mempunyai rating tinggi? Minyak yang mempunyai RON yang tinggi pada asasnya direka untuk kereta yang berprestasi tinggi seperti kereta sport dan kereta lumba. Ini adalah untuk mengelakkan letupan pra matang; bermaksud letupan sebelum nyalaan spark plug,juga dikenali sebagai KNOCKING.
Knocking boleh terjadi oleh beberapa sebab iaitu compression engine yang terlalu tinggi,nyalaan spark plug terlalu awal (advance ignition) ataupun campuran angin dan minyak yag terlalu panas. Kebanyakan kereta moden dilengkapi dengan Knock Sensor dimana ia akan mengesan fenomena knocking dan secara automatic akan melambatkan nyalaan spark plug(retard ignition) untuk mengelakkan nyalaan pra matang atau knocking

Tetapi bukan semua kereta memerlukan Octane Rating yang tinggi.Kebanyakan kereta yang berada di jalan sekarang masih lagi boleh menggunakan minyak RON92. Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded(tanpa plumbum) ataupun leaded(plumbum).

Selain di dalam buku panduan,anda juga boleh melihat stiker Octane Rating minimum di lid penutup minyak anda.

P/S: PENGGUNA MOTOSIKAL 250CC KEBAWAH ADALAH DIGALAKKAN MENGGUNAKAN RON 95

3 comments:

hazlinsaid said...

Thank you 4 d information....

mR Is said...

U R WELCOME

Anonymous said...

mahu dapatkan pandangan.. untuk honda city awal tahun 2010, enjin sesuai pakai ron yg mane? TQ.